Followers

Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

Wedding of the year =)


Siti Sofia & Zairul Izzain
(10.12.2011)

Congrats to my beloved sister and my new brother =)
They have known each other for
at least 14 years. Amazing kan ?

Semoga sentiasa baik, penuh keberkatan
dan dalam kebaikan yang berpanjangan =)

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ تَزَوَّجَنِى النَّبِيُّ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ فَاَتَتْنِى اُمِّى
فَاَدْ خَلَتْنِى الدَّارَ. فَاِذَا نِسْوَةٌ مِنَ الاَ نْصَارِ
فِى الْبَيْتِ . فَقُلْنَ عَلَى الْخَيْرِ وَالْبَرَكَةِ وَعَلَى خَيْرٍ طَائِرٍ
Dari Aisyah r.a. berkata : Setelah Nabi s.a.w. mengahwiniku,
kemudian aku datang kepada ibuku, Beliau memasukkan aku ke dalam
rumah. Tiba-tiba beberepa perempuan Ansar sudah ada dirumah
dan mereka mengucapkan "Semoga sentiasa baik, penuh keberkatan
dan dalam kebaikan yang berpanjangan"
Hadis sahih riwayat Bukhari dan Abu Daud



Semoga kekal bahagia hingga ke alam syurga.
InsyaAllah, Ameen...




“Apabila seseorang wanita solat 5 waktu sehari, 
berpuasa pada bulan Ramadhan, 
menjaga kemaluannya 
dan MENTAATI SUAMINYA 
maka akan dikatakan kepadanya: 
Masukilah syurga dari mana-mana pintu yang kau kehendaki.”  
(Hadis riwayat Ahmad dan dihukum Sahih oleh Al Albaani)



Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan 
kekuasaannya dan rahmatNya, 
bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), 
isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, 
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, 
dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) 
perasaan kasih sayang dan belas kasihan. 
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi 
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) 
bagi orang-orang yang berfikir. 
(Surah Ar-Ruum 30:21

Solemnization Ceremony Sofia+Zairul

credit to imah ~


Selamat pengantin baru ikhlas daripada
Apis =)





Wednesday, November 9, 2011

Eid Adha di perantauan :)


Assalamua'laikum readers ~
Selamat menyambut Idul Adha yer :)

Alhamdulillah, tahun ni Hfz berpeluang utk meyambut
Idul Adha di Cairo :) Selalu Hfz sambut dekat Kg Hfz je
dekat Gelang patah :)

Wlwpun x dapat beraya dengan family tahun nie,
Hfz dapat banyak pegalaman baru.
FYI, tahun nie, first time Hfz melapah haiwan korban.
Hfz melapah unta plak tu. hoh0, Memang liat lah daging dye.

unta
kambing
Penat jugak lah melapah haiwan korban ni.
Haaaaa, kalau penat, buat ape lagy.
Mesti laa berposing dengan "si dia" kan. HAHA
jeng3 !!!


Comelkan lembu tu. ngehehee...
Tpy, secomel-comel lembu tu,
comel lagi janin unta nie..
Taadaaaaaaaa !!!


Janin unta ni boleh makan taw kalau korang x taw.
hehe ~

Haaa, Time Hfz bertolak dari Alexandria ke Cairo,
Hfz terkejut jugak la sebab Railway Station Cairo dah lawa gler.
Before this, time Hfz pgy Cairo, dye still under construction lagy but skang
ni dah siap daa... Lawa yg amat :) Hfz sempat gak snap sket pics. hehe




Baik lah, sampai disini aje lah ye.
Sempena Idul Adha nie, Jom lah kite
amik iktibar dari kisah pengorbanan Nabi Ibrahim
dan Nabi Ismail di mana Nabi Ibrahim sanggup untuk menyembelih 
putera yang di tunggu-tunggu nya bertahun-tahun lamanya.
Nabi Ismail pula, sanggup menyerahkan diri nya demi perintah
Allah ~ 

Subhanallah, sungguh besar pengorbanan Nabi Ibrahim dan puteranya, Nabi Ismail.
Namun begitu, Ini semua hanyalah ujian daripada Allah yg maha agung.

Maka disitulah sejarahnya dimana kita menyembelih
haiwan korban pada Hari Raya Idul Adha :)


Sunday, October 23, 2011

Berita menggembirakan :)


Assalamualaikum sume ~

Ape kabar sume ?
Bak kate org Mesir, Izzayyik ?
Harap sume sehat n happy slalu lah yek :)

Hari nie hfz nak share something yg happy.
Most of us susah nak memahami isi kandungan
Al-Qur'an btul x ?

Nak beli tafsir kat kedai agak mahal n berat utk
dibawa ke mana-mana ...
Tpy xpe, skang nie, hfz ade jmpe satu web nie
dye menyediakan tafsir Al-Qur'an dalam
Bahasa Melayu :)

So, boleh laa kite memahami isi kandungan Al-Qur'an
disamping membacanya.
Tpy kalau nak transalation English pun ade ~

But, kalau nak mendalami betul2 isi kandungan
Al-Qur'an nie, kite kene blaja Bahasa Arab laa.
Ayat-ayat suci Al-Qur'an adalah mukjizat
dan sukar utk diterjemahkan 100%
ke dalam bahasa lain.

Ape2 pun, jom laaa kite tingkatkan usaha untuk
membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran :)

Visit here >>>

Saturday, October 15, 2011

Maybe smoking is interesting but KILLS !


Why do we need to smoke ???
Bak kate sesetengah kwn hfz,

- Yelaaa, kalau tension2, aku hisap laaaa.
Hilang tension aku .
- kalau aku merokok, boleh dapat haba sket..
Aku tgh sejuk nie.
- Alaaa, kawan2 aku mostly isap rokok,
so ape salahnye aku join dorang jugak.
- Nak buat macam mane, dulu try2 aje,
skang dah ketagih la bro.

HAHA, macam2 alasan lagi yg hfz pernah dgr.
But x boleh pakai laaa sume alasan tu.

Kalau nak release tension,
bnyk cara lagi kite boleh buat
like sport ke, musics ke kann.
Kalau sejuk, minum lah air panas,
x pun, pakai baju sejuk tebal2.
Then, kalau kawan ramai yg hisap rokok,
perlu ke kite ikut dorang even kite
sume taw yg rokok tu memudaratkan kesihatan

Korang still igt x ape yg korang blaja time skola
rendah or menengah dulu,
ape hukum melakukan sesuatu ataw memakan 
sesuatu yg memudaratkan diri ???
Paham2 lah sendiri yek ~


Perghhh, macam2 bende poisonous ade kat dalam
rokok nie !!!

nicotinedrug in tobacco that makes smoking a
powerful addiction
Arsenic - very potent deadly poison and
gives you bad breath
Toluene - can cause tiredness, weakness,
loss of appetide n memory loss
Cadmium - cause damage to liver, kidneys and
brain. It stays in the body for years
Tar - blacken and damage the lungs
Carbon monoxide - compete with oxygen to 
combine with haemoglobin. So, our body will lack
in oxygen
Ammonia - helps to absorb more nicotine,
keeping you hooked on smoke


Even goverment kite dah letak
macam2 gambar menunjukkan kesan2 buruk
merokok dekat kotak rokok itu sendiri,
but still perokok tegar nie degil.
X lain x bukan ni sume keje nicotine yg buat dorang ketagih.

worst, skang ramai pompuan  dah mula merokok.
Come one laaaa, satu hari nnty, korang akan
lahirkan anak. Jangan lah disebabkan korang,
anak yg x berdosa dalam kandungan tu
yg menjadi mangsa. pikir2kan lah ye ~

Yg susah nak percaya tu, ade je ramai yg 
muke comel2 n innocent. Mmg x terpikir lgsung la 
yg dorang ni merokok.
 Skali tgk, merokok jugak rupenye.
HAHA, terus x jadi ngorat. REJECTED !


Nasib baik kucing x merokok,
kalau merokok jugak, hfz nak letak jawatan
as a cat lover laa. HAHA ~

Hfz pun x taw nak cakap ape lagi daa..
Senang cite, tolonglah berhenti merokok.
Bukan saje bleh memudaratkan diri sndiri,
malah memudarat kan org sekeliling kite
yg tersayang . Ish3 ...

Akhir kate ~

SMOKING KILLS .
anda mampu mengubahnyer :)


idea got from : ustaz zamri


Wednesday, August 17, 2011

Wordless wednesday #2





Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :) more on wiki.answers.com





Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan :)


Assalammualaikum akak2, abg2, adik2 sume :)
Alhamdulillah,,, dapat gak kte sume menyambut kedatangan 
bulan Ramadhan untuk tahun ini.

Best kan time bulan Ramadhan nie ...

1) Syaitan dibelenggu so kte bebas dari syaitan. yahoooo !!!
but AWARE dgn musuh no. 1 time bulan Ramadhan which is NAFSU.

2) Boleh kate sume org jadi baik lak tetibe, huhu... Aman dunie

3) Nikmat berbuka puasa yang tak terhingga dan nikmat ketika bertemu Allah.

4) satu peluang terhebat untuk mendekatkan diri dgn Allah. 
Mungkin juga satu peluang keemasan utk seseorang itu 
berhijrah daripada buruk kepada baik.
cthnye nak berhenti isap rokok ke kann.

5) wah3 !!! banyak SALE wooo. Yelaa, sume nak beli baju raya.
But berpada-pada laa kay :)

puasa merupakan rukun islam ke-3

Haaa, time puase ni, jgn buat2 lupe plak ye,,,
X BOLEH makan, minum, merokok n bersetubuh pada siang hari ye !
sbenanye banyak lagi larangan ketika bulan puasa ni...


Especially dari aspek hati dan lidah.
Hati tu jangan laa terlampu ikut nafsu n lidah tu berhenti lah
dari mengumpat, memfitnah dan mengucapkan perkara2 yang sia2.


As well as, semua pancaindera kita.
cthnye, mata jangan digunakan utk melihat aurat org, 
kaki jangan melangkah ke tempat2 yang maksiat dan sia2,
tangan dijaga supaya tidak menyakiti orang lain.


Haaa, jangan malas bersahur k.
Selain dapat mengisi perut untuk mengelakkan kelesuan
di bulan Ramadhan, bersahur membezakan 
puasa umat Islam dengan puasa agama2 lain.


Kepada sesiapa yang suka menunaikan Solat Sunat Tarawikh di masjid :


Make sure datang ke masjid sebelum waktu solat Fardhu Isya' 
sbb takut jadi kelam-kabut nnty.


Kepada sesiapa yang membawa anak ataw adik kecil, make sure dorang solat sebelah kita,
jangan biarkan dorang bebas sbb takut dorang akan bising2 bermain dgn kawan2.


Kepada sesiapa yang ingin menunaikan 
Solat Sunat Tarawikh 8 rakaa't, x digalakkan solat di saf hadapan 
kerana akan mengganggu barisan saf yg sedia ada.


Kepada sesiapa yang ingin menunaikan 
Solat Sunat Tarawikh 20 rakaa't pula,
jangan terlampau cepat mengangkat takbir. 
Yelaaa, untuk memberi laluan kepada
jemaah 8 rakaat utk keluar dari saf 
dan juga untuk memenuhi saf2 yang kosong.




Saya berpesan pada diri saya sndiri n kepada 
semua muslimin muslimat yg bace entry ini taw.
Dengan ini saya hendak meminta 1001 kemaafan seandainya
terdapat salah silap saya terhadap korang semua k.


Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna daripada tahun2 yang sebelumnya.
InsyaAllah, Amiin.


p/s : Cuba dapatkan malam Lailatul Qadar k :)




Adios~

Wednesday, May 4, 2011

The Holy Qur'an

Assalamu'alaikum sume :DDD
sorry laaa agak lame ak tidak meng-update blog ini...
Almaklum lah, bz sket ngan keje, ngan nak ajar adik n macam2 lagi laaaa 
( x leh sebut sume nanty kantoi, haha )


Actually, ak nak berkongsi sesuatu ngan korang ni...
Yelaa, kalau x kongsi, rase rugi plak kann..

Ak ade jumpe satu laman web ni ,,, 
excellent sgt weh...
ni laman web nye 



Sebelum tu, ak nak tanye nih,,
Sape rase bacaan al-Qur'an dye dah perfect 100% ngan tajwid yang betul ???
Hmmmm, ak pun x berani nak kate 
"aku ni dah perfect ngan tajwid tu". 
Even sekarang ni still belajar utk sempurnakan bacaan.

Maka, dengan gembiranye sy nak bgtaw korang,,,
Kat laman web ni, kte boleh dengar bacaan ayat suci al-Qur'an dengan tajwid yang betul.
so, setiap kali kite nak baca al-Qur'an, kite boleh check bacaan kita.
kalau nak download pun boleh...
tekan kat link ni, pastu pilih je nak bacaan Imam yang mana..

Kenapa aku sibuk2 sangat nak share ni ??? yelaaa, sebab ...
Membaca ayat2 suci al-Qur'an dengan tajwid yang betul sangat penting wooo,, 
kalau salah tajwid, boleh jadi salah makna taww..
sape nak tanggung tu ? haaaaa... jgn amik ringan k perkara ni !
Ada orang baca al-Quran dapat dosa, bukan dapat pahala sebab tidak menghormati ayat2 suci al-Qur'an 
( x baca dengan tertib dan tajwid yang betul )

jaga2 ye, kite boleh dilaknati oleh al-Quran tu sendiri kalau baca tanpa menghiraukan hukum tajwid nye.
haaaaaa, takut x ?

Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah manakala mengamalkannya dalam bacaan adalah fardu ain yakni wajib ke atas setiap Muslim lelaki dan perempuan.

Ape2 pun, lagi elok kalau kita berguru untuk menguasai bacaan2 ayat al-Qur'an dengan tajwid yang sempurna.

tpy kalau rse2 x mampu nak berguru, yelaa,,, x mampu dari segi masa, or duit or fizikal kann, ataupun dah pernah berguru dulu, tpy nak check jugak bacaan kite sebab manusia ni selalu membuat kesilapan.

So, boleh laa check bacaan korang dengan audio bacaan Imam2 kat laman web ni.
terjemahan pun ade sekali. English ade, Melayu ade, Tamil ade.. huhu. macam2 bahasa ade. pilih je...
Kan lebih elok kita menghayati maksud dye skali kan..

Renung2kan, dan selamat beramal :D



Adios~


Friday, April 22, 2011

penalties leaving Friday prayer !



Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a. keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah S.A.W. ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, 
sabdanya :

" Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai? " 
(Muslim)

sy berpesan pada diri sendiri dan sume kaum adam di muka bumi ini...

sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i seperti mana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir


so, kalau seseorang tu xde alasan yang munasabah di sisi syarak, 
x leh la tinggal smayang jumaat... tpy jangan solat kat umah dah laa. hahaa, salah tuu...


xmo xmo xmo laaaa tinggal smayang jumaat ye !!  :)



credit to himpunan hadis





Adios~


Saturday, February 12, 2011

Is valentine's day even exist ???


Assalamualaikum ,,, 
14 Feb ni sebok la satu dunia nak meraikan "hari kekasih" ngan lover masing2. 
Of course la 1001 cara dipikirkan smpai nak terpecah kepala otak utk cbe membuktikan tanda cinta ngan bf or gf masing2 kan...
Tpy kenapa mesti nak mnunjukkan perasaan kasih sayang tu pada 1 hari je ???  
kenape ??? tell me why ???

Sedangkan Islam menyarankan kita berkasih sayang sesama umat manusia PADA SETIAP MASA x mengira agama, bangsa, apatah lagi warna rambut. huhu. 
so renung2kan lah yek ..

haaaaa,,, MCM NE bleh wujudnye valentine's day ni ???

Hari Santo Valentine, Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih ialah satu hari utk memperingati Santo Valentine pada 14 Febuari sebagai hari tradisi yang mana para kekasih meluahkan rasa cinta sesama sendiri ; menghantar kad valentine, menderma atau menghadiahkan gula-gula. Adalah satu kebiasaan juga untuk menghadiahkan bunga pada Hari Valentine. Perayaan ini dinamakan sempena dua orang lelaki, kedua-duanya syahid Kristian Awal yang berkongsi nama Valentine. Perayaan ini kini dikaitkan dengan asmara dalam lingkungan pengaruh Goeffry Chaucer  pada zaman pertengahan tinngi, apabila mekarnya tradisi cinta asmara.

ish3, sampai Valentine's Day ni mnjadi prayaan ke-2  paling banyak pengiriman kad ucapan selepas hari natal... 
peratusan mengangggarkan 85% pembeli kad valentine ini adalah kaum wanita.. hmmmm, renung2kan k kaum wanita. hehee.
                                                                                                                                (source : wikipedia) (^<,)

HUKUM menyambut Valentine's days plak mcmne ????

(a) boleh kot, suke2 je
(b) boleh sangat, ape salah nye..
(c) x elok la, tpy skali skale boleh laa
(d) ish, haram !!!!

korang nk jwb yg mne ? (jgn lpe lorek kat kertas jwpn OMR ye ,ha3)
haissyyy, korang kene taw, yg kte sebagai umat islam 
(bkan sekadar islam kat I/C je k), 

HARAM !
menyambut hari kekasih ni.. 
[ jawapannye (d) laa ]


knape ekk ??
yelaa, menyambut hari kekasih ni dipercayai menyerupai amalan org kafir menerusi perayaan berskala seni ini.

Dgr ni !!!
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:

“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan ataw di wujudkan oleh Islam”.

so terjawab laaa persoalan kpade tajuk entry kali nih ...



Yelaa, most of couples yg celebrate Valentine's Day ni  akan berakhir dengan aktiviti maksiat seperti berzina, sehingga terjadinya kes melahirkan anak luar nikah, menggugurkan anak dan sewaktu dgnnye laaa.
pepaham sendiri la korang ek. Malas nak ckp lebih2 ni. hehe.

So, pandai2 la ye nak pikir. I knew that skang ni, ramai org pndai2 daaa . huhu.
X perlu lah kte meniru or menyambut perayaan org Kristian k.
oklaaa, bnyk plak membebel. chow dulu..


Adios~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...