Followers

Saturday, August 18, 2012

Happy Eid :)

  
Assalamualaikum semua.
Lama sungguh aku tak aktif dalam dunia blogging ni kan. 
Bukannya apa, cuma mood blogging tu tak datang-datang. haha.

So, kali ini aku nak update entry sempena Aidilfitri 
khas untuk korang semua. hehe

Macam mana persiapan raya korang semua ?
Harap-harap dah settle semua hal baju raya, kuih raya,
kad raya, langsir raya, rambut raya. EH ! haha

Alhamdulillah, aku dah settle dah semua dan sekarang 
nak fokus untuk raya sahaja :) Tahun ni aku beraya kat kampung 
kedua-dua belah mak & ayah. First time kot. 
Sebelum ni mana pernah raya
dua-dua kampung pada aidilfitri yang sama.

So aku akan beraya kat Johor sampai raya ketiga,
selepas tu baru balik Pulau Pinang. InshaAllah.
Siapa nak datang beraya rumah aku tu boleh la
datang selepas seminggu raya k :D

Haaa, tahun ni aku ada buat cover lagu raya.
Thank you kepada insan yang cadangkan lagu ni.
LOVE you lah <3 hehe

sedih x ? huuuuuuuuuu

Baiklah, x nak membebel panjang, hehe
aku ingin mengucapkan ~

SELAMAT HARI RAYA EID UL FITR

Harap korang sume dapat maafkan semua kesilapan aku
dari hujung rambut hingga hujung kaki,
secara sengaja atau tidak sengaja :)
Kalau ade termakan atau terambil,
mintak dihalalkan ye :)

okaylaa, Hfz akhiri entry raya ni
dengan serangkap pantun ~

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat berinti kelapa
Nak pos kad raya dah tak sempat
Pakai blog pun kira ok apa :D


Adios ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...